Labels

Winnie The Pooh Glitter

Friday, November 30, 2012

Kitar Hidup Katak

 
  1. Telur menetas menjadi berudu.
  2. 4 kaki akan terbentuk semasa berudu membesar. Ekornya pula akan menjadi semakin pendek semasa membesar.
  3. Akhirnya, berudu berubah menjadi katak muda dan seterusnya katak dewasa yang mempunyai 4 kaki tetapi tiada ekor.

Anak Haiwan

Anak Haiwan Yang Tidak Menyerupai Ibunya

 
Rama-rama dan anaknya
Katak dan anaknya
Nyamuk dan anaknya

Anak Haiwan

Anak Haiwan Yang Menyerupai Ibunya


Kucing dan anaknya

Kuda dan anaknya

Gajah dan anaknya

Monyet dan anaknya

Harimau dan anaknya

Lembu dan anaknya

Anak Haiwan

  1. Kebanyakan anak haiwan menyerupai ibunya.
  2. Haiwan-haiwan seperti kucing, kuda, gajah, monyet, harimau. lembu dan sebagainya kelihatan amat serupa dengan ibunya.
  3. Terdapat sesetengan anak haiwan yang tidak menyerupi ibunya. Seperti rama-rama, katak, nyamuk dan sebagainya.
  4. Katak, nyamuk dan rama-rama kelihatan tidak sama dengan anak-anaknya.
  5. Haiwan-haiwan ini melalui beberapa peringkat semasa membesar.
  6. Haiwan-haiwan ini berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain semasa membesar.

 

Kitaran Hidup Nyamuk

  • Marilah kenali kitaran hidup nyamuk.

Tumbesaran Haiwan

Kitaran Hidup Kucing

 
  • Rupa kucing adalah kurang sama semasa membesar.

Thursday, November 29, 2012

Kenali Anak Haiwan

Kenali Nama Anak Haiwan

  • Marilah tengok video yang menarik dan kenali anak haiwan.

Tumbesaran Haiwan

Haiwan yang bertelur

Itik

Cicak

Ular

Burung

Rama-rama

Belalang

Penguin

Tumbesaran Haiwan

Kitaran Hidup Rama-rama

  • Rupa rama-rama adalah berbeza dan berubah semasa membesar.
  • Secara ringkasnya, kitaran hidup rama-rama adalah berikut:

Tuesday, November 27, 2012

Tumbesaran Haiwan

Haiwan yang melahirkan anak


Kucing

Ikan paus

Zirafah

Hamster

Badak

Landak

Lembu

Tumbesaran Haiwan

  1. Haiwan membiak.
  2. Haiwan membiak sama ada secara melahirkan anak atau bertelur.
  3. Semua haiwan membesar.
  4. Saiz dan berat haiwan berubah semasa membesar.
  5. Haiwan menjadi lebih besar dan lebih berat semasa membesar.
  6. Rupa haiwan juga berubah semasa membesar.








Menghargai Pelbagai Haiwan di Sekeliling Kita

  1. Kita tidak boleh menganiaya haiwan.
  2. Kita perlu sentiasa menyayangi haiwan dan berbuat baik terhadap haiwan.

Sediakan tempat tinggal yang selesa untuk haiwan peliharaan kamu
 
 Beri makanan dan minuman kepada haiwan peliharaan kamu

Sentiasa bersihkan haiwan peliharaan kamu

Sayangilah haiwan peliharaan kamu

Monday, November 26, 2012

Perah Susu Lembu

Muat turun dari www.youtube.com
  • Murid-murid, tahukah bagaimana perah susu lembu?
     
  • Marilah tengok cara perah susu lembu.

Sunday, November 25, 2012

Kerbau yang bekerja di sawah

Muat turun dari www.youtube.com
  • Pada zaman dahulu, petani akan menggunakan kerbau semasa membajak sawah.
 
  • Sekarang, petani akan menggunakan mesin semasa membajak sawah.
  • Ini akan mengurangkan masa membajak dan tenaga petani.

Kepentingan Haiwan Kepada Manusia


Kepentingan Haiwan Kepada Hidupan Lain

  • Haiwan banyak memberikan kepentingan kepada manusia.
  • Antara fungi haiwan kepada manusia ialah sebagai sumber makanan, pakaian, pertanian dan pengangkutan.
  • Haiwan seperti ikan, ayam, sotong, ketam dan udang boleh dimakan oleh manusia.
  • Kita juga memperoleh susu daripada lembu dan kambing untuk diminum.
  • Telur juga didapati daripada haiwan seperti ayam dan itik.
  • Kulit haiwan digunaka untuk membuat pakaian, kasut dan beg.
  • Pada zaman dahulu, haiwan digunakan sebagai alat pengangkutan.
  • Tumbuhan pula memerlukan haiwan sebagai agen penyebaran biji bernih.
  • Haiwan makan buah-buahan dan membuang bijinya. Hal ini membolehkan tumbuhan disebarkan ke tempat lain.

Sunday, November 18, 2012

Monday, November 5, 2012

Tempat Tinggal Haiwan

  • Haiwan tinggal di merata-rata tempat.
  • Ada haiwan tinggal di dalam sarang, rebun, lubang, pokok, kandang, gua, air, di dalam tanah, di celah batu atau di celah batu.

Haiwan yang tinggal di dalam sarang.


Burung

 

Haiwan yang tinggal di dalam reban.















 Itik



 Ayam                                                          
           
  
Angsa


Haiwan yang tinggal di atas pokok.  
















 Tupai


Monyet                                                


Haiwan yang tinggal di dalam air.

Penyu 
 
 

 Ketam                                                                       


Haiwan yang tinggal di dalam kandang.

 Kuda

 Lembu     
                                                                  

Haiwan yang tinggal di dalam lubang.

 Arnab

 Ular