Labels

Winnie The Pooh Glitter

Saturday, October 27, 2012

Jenis Makanan Haiwan

Haiwan makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.

Beruang makan buah, madu dan ikan.

 

Ayam makan cacing dan bijiran.

 

Kucing makan nasi dan ikan.

 

Jenis Makanan Haiwan


Haiwan yang makan haiwan lain.

Helang makan kambing.


Singa makan zebra.


Ular makan tikus.


Friday, October 26, 2012

Makanan Haiwan

Lebah-lebah sibuk mencari makanan.

video
 
  • Lebah-lebah, sejenis serangga yang rajin. Mereka sedang mencari makanan di taman.
    

Jenis Makanan Haiwan

Haiwan yang makan tumbuhan sahaja

Zirafah makan daun.


Arnab makan lobak.


Lembu makan rumput.



Thursday, October 25, 2012

Lihat rajah di bawah. Bulatkan benda yang diperlukan oleh haiwan untuk kekal hidup.


Haiwan yang unik di dunia

Haiwan yang unik di dunia

Star-nosed mole's snout mempunyai 22 tentakel berdaging yang digunakan untuk mengesan makanan dengan sentuhan. Kadang kala dijumpai di Amerika Utara, ia tinggal di kawasan tanah rendah yang lambab dan memakan inverterbrata kecil, serangga akuatik, cacing dan moluska.
Dijumpai pada tahun 2005 di Lautan Pasifik Selatan, makhluk ini digelar sebagai"yeti lobster" atau "yeti crab". Ianya tinggal pada kedalaman 2,200 meter di lubang-lubang hydrothermal sepanjang Pacific-Antarctic.






Jenis Makanan Haiwan
 
Haiwan yang berbeza makan makanan yang berlainan. Terdapat haiwan yang makan tumbuhan sahaja, haiwan yang makan haiwan lain dan haiwan makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.

Wednesday, October 24, 2012

Pengenalan Haiwan


Haiwan (atau juga istilah lain seperti binatang dan fauna), adalah salah satu daripada hidupan yang terdapat di alam semesta. Haiwan terdiri daripada yang mempunyai satu sel hinggalah kepada yang mempunyai banyak sel.

Comelnya! Haiwan.......

video
Video ini ambil dari www.youtube.com/

Tuesday, October 23, 2012

Keperluan Asas Haiwan


·       Haiwan memerlukan makanan dan air untuk membesar, untuk mendapat tenaga dan untuk kekal sihat.

·       Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.

·       Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari serta menjaga keselamatan anak-anaknya.